Ahad, 12 Jun 2011

Tempahan jahitan baju kurung

1. Baju Kurung Biasa RM35.00
2.Baju Kurung Pahang/Pesak Gantung RM40.00
3.Baju Kurung Moden/piping RM40.00
4.Baju kurung lining Penuh RM75.00 

tempahan melebihi 4pasang dapat harga diskaun (kurang RM5.00 daripada harga asal)

saya juga menyediakan pick up & delivery untuk kawasan kuala lumpur (tempahan mesti melebihi 4psg ke atas)  kurang daripada 4psg akan dikenakan caj RM5   tempahan siap dalam masa  1-2 minggu 

ingin membuat tempahan
boleh  Hubungi saya  013-7190205

Rabu, 26 Januari 2011

Mari belajar Jahitan

Assalamualaikum
Ok hari ini saya akan tunjukkan cara-cara menjahit kemassan leher (Tulang Belut)
Jahitan Tulang Belut
1. mula-mula, masukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum. bahagikan panjang benang yang tak sama panjang. simpulkan hujung benang yang panjang sedikit. untuk jahit tulangbelut ni kita gunakan selembar benang je sebab taknak tulang belut tu jadik tebal


1. untuk permulaan, cucukkan jarum dari bahagian dalam kain menembusi bahagian luar kain. lepastu, cucukkan jarum menembusi kain untuk kali pertama seperti gambar kedua di bawah


2. seterusnya, ulang cucuk jarum ke kain sehingga kali yang ketiga - ke arah kiri.
untuk beginner, jarak antara cucukan kalau jarang pon takpe. tapi kalau nak cantik, cucuk la rapat-rapat. lepas tu, masukkan jarum ke benang yang pertama seperti gambar kedua di bawah.

4. lebih kurang sama pada langkah 2, masukkan jarum di benang ketiga sebelum cucukan terakhir. kemudian cucukkan jarum di benang keempat. sila rujuk gambar di bawah.


6. sambung lagi.. cucukkan jarum ke kain di sebelah kiri cucukan terakhir dan ulang langkah 4. ulang ulang ulang sampai lah siap untuk keseluruhan leher.
7. macam ni rupa jahitan tulang belut sebenar menggunakan benang yang warna sama dengan kain.
dah siap pun jahit satu leher! senang sahaja.


5. beginilah rupanya tulang belut yang dihasilkan setakat ni. saya menggunakan benang warna putih untuk bagi contoh lebih jelas je. selalunya warna benang yang digunakan adalah seakan warna kain yang dijahit.



selain barang-barang menjahit, apa yang diperlukan adalah kesabaran, ketelitian, kekemasan, pencahayaan yang cukup, dan juga penglihatan mata yang cerah.
selamat mencuba!